JellyPages.com
Blogger Widgets Blogspot Tutorial
Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Khamis, 29 Ogos 2013

kenapa break Bro?

"Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa clash dengan dia.."

"Kenapa pulak?"

"Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah."
Pergh.. terbaiklah bro! Alhamdulillah..

Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. Tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah.
Ya.. begitulah.. Memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber'couple', iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu.
~Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih.
Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk tidak ber'couple'. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada lagi episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan, membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama, dan macam-macam lagi yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin. Masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa.
Itu barulah 'saling menyayangi' namanya. Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?

Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber'couple' itu terlalu indah. Lalu kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan nafsu. Direct to the point, ber'couple' (sebelum nikah) tidak baik untuk kita. Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya 'kehilangan' atau perpisahan. Kerana 'kehilangan' atau perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita.

Selasa, 6 Ogos 2013

Awak Bila Lagi? Jomlah sekali.......

U turn kepangkal Jalan jom

Seorang sahabat bertanya....macam mana anti boleh berubah?? Maaf kalau ana tanya......
aku menjawab.....xpe....ana suke brkgsi pglman ana.....

1st...Rahmat Allah......
2nd....atas kematangan Diri yang boleh menilai baik buruk....
dan aku bercerita lagi kpdnya.....
Dlam dunia ni.....kita adalah pendosa....dan sbaik2 pendosa adalah yg kembali kejalan Allah...ayuh muslimin muslimat....masih belum terlambat.....

Sahabat itu memberitahuku...."anti ,,ana nk tunjuk sesuatu..anti jgn marah ya"...."silakan anta"

Dalam debaran aku menunggu......dy tunjuk 1 gambar aku yg diedit....sebelum dan selepas aku berhijrah....
"wau" AKu terkejut sebenarnya......

Dia cakap.....dy ingin berkongsi kisah aku.....dy tnjuk pd sahabat2 muslimatnya.....dy ckp Ramai yg telah berubah...Alhamdulillah.....

Bukan tujuan mengaibkan(sebab dy xmention nama)....rakan2 dy pon tdk mgnaliku.....aku kongsikan ni sbgai pgjran untuk semua......
Then...aku suro dy pdm la pic tu...lme jgk dy stalk aku rupanya.....ngeh2...seram aku.....KONKLUSI

Tenang bila jadi hamba Allah dgn sepenuh hati...Percayalah sahabat2ku......

Bisikan Doa Hamba...Allah....Ampuni dosa2 hamba.....ya Rahman Ya Rahim

.. kupohonkan keampunanMU..

Ya Allah, Ya Rabb.. 
Dalam perjalanan langkah yang belum terhenti ini.. 
Jalan selangkah yang lalu, penuh dosa dan noda.. 
Bersilih ganti, antara godaan dan keinsafan. 
Layakkah aku dalam rahmatMu, 
di bawah lembayung KasihMu? 

Walau seringkali godaan yang memburu. 
Seringkali itu juga seribu keinsafan berbisik di hati.
Wahai Allah, ku merayu padaMu di malam hari..
Menagih keampunan dan kasih sayangMu..
Wahai Allah, rayuanku agar terimalah daku kembali sebagai hambaMU
yang dalam lindunganMU setiap saat masa yang berlalu.
Walau seribu yang memberikan ku kasih,
tidak akan sama kasih sayangMu Ya Rabbi.

Ya Allah,
dengarlah rayuanku sayup-sayup berbisik di malam yang hening
dengan bertemankan cahaya bulan, sinaran bintang yang memancar.
Mengharapkan doaku bertaut dalam restuMu.

Wahai Allah..
Pencipta kasih sayang yang memiliki setiap hati,
Hadirkan kasih sayangMu yang luhur buat diri ini...