JellyPages.com
Blogger Widgets Blogspot Tutorial
Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Isnin, 22 April 2019

Kehamilan Pertama

Bismillah ..
Assalamualaikum apa khabar bakal mommies ? Harap sihat hendaknya. Posting kalini guna nama asal lah eah (Erra) hehehe..

Erra saja update blog ni sebab nak share pengalaman sendiri sepanjang hamil anak first. Harap2 dapat bantu n sedikit sebanyak mudahkan urusan mommy yg masih tiada experience. Yang dah teror boleh lah skip. Huhu .....

So Erra nak share dari 1st sampai last In shaa Allah.

Okay first sekali Erra tahu yang Erra pregnant bila lambat datang period. Alhamdulillah period Erra agak teratur so bila dah 2 weeks xdatang period Erra n husband pergi watson beli pregnancy test! 

Esoknya pagi2 sebelum pergi kerja Erra test la sorang2 and double lines muncul! Masa ni perasaan tu rilek2 jek sebab nya dlm beberapa mggu lepas ada la test dpt double line ttbe eah period plak (tapi bukan miscarriage tau) line pon samar2 mgkn mmg xde tapi terexcited sesorang. Masa ni husband pon dh ucap syukur dah. Sbb tu kali kedua tu bila bgtau husband pon mcm ye x ye jek. Dy pon kata xpe nnti test lagi ,, haha punya la dy pon dah xnak tertipuuu. So mggu depannya Erra pergi pulak klinik buat UPT  n Alhamdulillah mmg positive! Told u husband, I am pregnant ☺️. Alhamdulillah 


Ni lah resultnya. Tgk lebih pekat kan line dia. So Erra suggest tunggu la period tu lambat 2-3 weeks baru buat. Kalau awal2buat dy mcm samar2 xclear.https://drive.google.com/uc?export=view&id=1FK9q00sJPtPBHYGQBn_wwr9Gu712qt3y

Isnin, 15 April 2019

First Check Up

First check up (23/12/19). Sebelum pergi klinik syokbreakfast lontong dengan teh tarik ma shaa Allah dap nyeeeeeee ui! 10am sampai klinik. 

Masa ni nurse suruh pergi makmal utk ambil urine sample utk test Sugar. Guess what ! Terperanjat nurse n doktor tgk,,, tinggi sungguh ye sugar lepas tu nurse tanya “awk breakfast ke tadi?” “Awak makan apa?” Haaaaa bgtau la breakfast tu s diorg pon kata hmmmm patotlahhhhh ! Xpe nanti tgh hri test lagi sekali so masa ni nurse suruh husband pergi belikan air mineral. Bila test Balik Alhamdulillah ok jek sbnrnye..... tapi disebabkan bnde ni jugaklah Erra kena amik darah masa next check up! Cissssss ... Dr nak make sure jek blood sugar Erra okay ke x so Alhamdulillah ok... According to clinical lab report for blood grouping Erra group A and rhesus+.... VDRL non reactive and HIV screening also Non reactive 😇

Masa first ni hb 11.8 dan berat 46kg .

Nurse suruh minum susu n makan sayur! So Erra bgtau Erra xsuka makan sayur n pening minum susu

Nurse suruh gantikan sayur dengan jambu batu, dia kata kena makan banyak2 taubukan sikit2 punya sbb nk maintain kan HB.

Pasal susu dia suruh Erra gantikan dengan horlick kurang manis.

Memang hari2 la pekena jambu batu. Husband belikan stok jambu batu banyak2 n stiap kali habis terus restock.

Masa ni korang jangan lasak2 tau kalau naru 1st trimister tapi percaya x Erra berjalan 13,000 steps sebab nak pergi site. But Alhamdulillah Allah jaga, . Mmg exhausted la dgn panas n peningnyaaaa tapi xpelah bertahan jap before resign 🤣 

Hamil? Pergi Buat Buku Pink ☝🏻

Sambungan posting lepas , kitaorang pergi Klinik Kesihatan berdekatan utk buat buku pink..... korang mesti buat buku pink seawal 3 bulan usia kehamilan tau! Paling lambat 3 bulan lah, so masa ni nurse akan tanya bila last period (hari pertama last period) so nasib lah Erra ada save dekat apps! So tarikhnya 3/10/18 . Yang ni korang wajib ingat tau!

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1t4thbnBE7yOkTKsSCzK64nRNnoT5SKeJ

Untuk senang ingat bila tarikh period n so on .... Erra guna apps FLO sila download sekarang dan rajin update okay!  https://drive.google.com/uc?export=view&id=1vgMjEVDUqRgQh1lcXCW6A1OmIkIwh9Ap

Khamis, 12 Jun 2014

Assalamualaikum :)....

malam indah diserikan dengan gelak tawa sahabat2 lama (sek men) yang dah lama x bersua dek kerana mengembara mencari ilmu.......  masing2 dah bergelar mahasiswi mahasiswa so time2 cuti gini la ad kesempatan nak jumpa...
Ops....! ok bukan tu yg nk dicerita sebenarnya....

actually malam ni akak membe yang nikah..... ha..... tu la sebenarnya event kami.....
masuk je kerumah membe ...terpegun sangat2 bila tengok pelamin dy! Wau! modern style la....!

t kawen nak buat cmni gak r.... Upsss!! ehem2..... sape si jejaka nya ya?

hihihi.......masih tertanya2 lagi.... yang kwn ni plak sebok sngat tanya......ha....yoy..... ko dengan orang mana nanti?  Krik krik krik........ _korang Tunggu ah_ hehehe..... dengan 'orang international kot?' yang sorang ni plak menyampuk.......! .....  

yang mana ko nak?

Uganda? arab? mat salih? ....wo wo wo..... ape ni ape ni.... xterfikir plak nak berlakikan orang luar.....

Malaysian pon cukup lah....local katanya :D  ....

ciri2 yang dicari??
uhm...x la yang merumitkan...cukup la yang sekufu dengan diri ini...chewwah ....hai.....jodoh3.... jangan2....

t ada plak yg kata kita x igt mati.... huuhu..... biasalah...... hidup ni mcm2 yg nak dituju...x gitu?


borak punya borak....seorang sahabat kata" kecik dunia ni.....mana2 pergi pon mesti jumpa semula"

" eah! " yang lagi sorang menyampuk" perasan x lau rezeki msti kita ckp......dunia ni luas...mne2 je ade rezeki?

ha!!! dunia ni luas ke kecik ni?   haha.....korang jawap la sendiri.....

tadi kan yoy tgk pgntin llki tu nervous la... berpolo2 dio.....    dengan 3x lafaz Alhamdulillah bergelar seorg suami....

ha...jejaka2 luar sna tu lau nak kawen persiapkan diri elok2.....agama mantap..... ilmu ada..... kerjaya ok.....

sejuk perot mertua(eah)......

sebab tok kadi ni kadg2 suka bergurau...ha....tiba2 dia tanya bacaan or surah2 ko xtau jwb kan ke naye oi...malu  yang sebelah2 tu..hu7.... maklum la ni nikah kali kedua yg yoy dh pergi..... 1st time pergi tu mmg fuh ar...... tok kadi tanya mcm2 tau kt pgntin llki...... nak terkeluar isi perut kami dengar jawapan dy ...

lucu kdg2.....seisi rumah gempar dengan soalan2 "cute" tok kadi.... haih k la.... pesanan yoy.... jangan tau nak kawen jerk...diri kena rapi dulu!    _ilmu_ ok? :) nak blanje gambar!!______









ibu ? ummi ? mama ? mommy ? emak ? apa bezanya?

ibu....tanpa ada sebarang rintihan yang kedengaran walaupun letih seharian bekerja di rumah......

kadang2 kita x perasan pon yg emak kite ni buat kerja separuh nyawa.... yang kite tau..... mak!! nak tu... mak!! ni mana mak?.......

anak2 kadang2 x mengerti sampai la dia merasakan kepenatan itu sendiri.......

aku sebagai mahasiswi ..... tunggu cuti sem baru balik..... dan hari ini...aku gantikan tempat mom aku buat kerja2 rumah yang bg aku, aku juz buat 60 % dpd apa yang biasa mom buat....

MashaAllah .......mak....kuat nya mak menempuhi hari2 bekerja macam ni.....

BASUH BAJU
SAPU SAMPAH
MOP LANTAI
MASAK
BERSIHKAN HABUK
SIDAI AND ANGKAT KAIN......

yoy baru buat benda2 tu tapi rasa nak tercabut kaki ni ha....mom lagi kuat...tanpa rehat......maklum la bila family dah duduk ramai sikit ni......hmmm....kesian sangat kat mom.........

Tapi waktu bekerja di dapur dengan mom..... yoy cuba buat dy ketawa...tersenyum..... sambil2 gurau dengan dy walau dengar dy mengeluh kepenatan even yoy tau semua kerja yg dia buat sepenuh hati  dy taburkn rasa keikhlasan tu......


ni ha nak pesan nye kita ni anak2 lebih2 lagi yang belajar luar tu kalau ada masa balik kampung tu tolong la apa yang mampu...baru la parents rasa terhibur...xd la mcm "ada ke xd ke, sama aje" ...

sambil2 persiapkan diri ni ha...kawen nak...wat kerja xmau.......ops.... hehe......

lau ada masa2 free duduk la borak2 gn parents......urutkan dy ke....pasti dy happy :) .....







Rabu, 14 Mei 2014

Sumayyah wanita Hebat

Sumayyah binti Khayyath, syahidah pertama umat Islam yang menumpahkan darahnya demi mempertahankan keimanannya bersama suami dan anak lelakinya. Teladan istimewa yang wajar dikenang sepanjang zaman.
Sumayyah binti Khayyath adalah seorang hamba sahaya milik Abu Hudzaifah bin Al-Mughirah. Oleh tuannya, ia dikahwinkan dengan seorang lelaki asal Yaman yang bernama Yasir bin Amir yang merupakan perantau di kota Makkah. Kerana banyak mendapat halangan, Yasir meminta perlindungan kepada Abu Hudzaifah yang merupakan kepala suku Bani Makhzum.
Hasil perkahwinannya dengan Yasir bin Amir, Sumayyah dikurniai anak lelaki yang diberi nama Ammar bin Yasir. Melalui anak lelakinya inilah, pasangan Yasir dan Sumayyah mengenali agama Islam.
Suatu hari, Ammar yang mula menginjak usia remaja mendengar khabar tentang kedatangan nabi baru yang membawa ajaran Tuhan. la pun segera mencari dan ingin membuktikan khabar tersebut. Sebaik sahaja mengenali Rasulullah s.a.w., Ammar pun terus jatuh hati dan langsung mengucapkan ikrar syahadatnya.
Mendapat khabar gembira, Ammar segera menceritakan kepada ayah bundanya. Berbeza dengan kebanyakan orang Quraisy yang anti bahkan memusuhi Islam, Yasir dan Sumayyah justeru menyambut gembira khabar gembira ini. Bahkan mereka kemudian mengikuti jejak Ammar untuk bersyahadat dan menjadi Muslim dan Muslimah.
Keislamanan yang awalnya disembunyikan akhirnya diketahui juga. Mendengar cerita bahawa keluargaYassir ini memeluk agama Islam menimbulkan kemarahan Abu Hudzaifah. la memaksa supaya keluarga ini meninggalkan Islam dan kembali kepada agama nenek moyang mereka yang menyembah latta dan uzza. Namun ketiganya berkeras mempertahankan keyakinan mereka.Seperti yang dialami oleh golongan awal yang memeluk Islam, Yasir, Sumayyah, dan Ammar mengalami banyak sekali halangan dan cubaan. Hal ini ditambah lagi kerana status keluarga mereka yang bukan daripada kalangan bangsawan Quraisy. Akibatnya penderitaan yang mereka alami keterlaluan dan mereka diseksa dengan kejam melampaui batasan kemanusiaan.
Orang yang paling kejam menyeksa mereka adalah orang-orang yang selama ini melindunginya iaitu daripada kalangan Bani Makhzum yang dipimpin Abu Hudzaifah. Sumayyah yang merupakan seorang wanita, dihumban ke atas pasir, lalu tubuhnya ditimbus dengan pasir yang sangat panas.
Seakan belum puas hati, dada Sumayyah kemudiannya dihimpit dengan batu besar supaya ia tidak dapat bernafas. Lalu mereka memaks Sumayyah untuk mengimani berhala-berhala nenek moyang mereka. Namun wanita solehah ini tetap bertahan dengan keyakinannya kerana ingat janji Allah SWT bagi hamba-Nya yang bertakwa, iaitu syurga.
Yasir, Sumayyah, dan Ammar terus mendapatkan seksaan yang sedemikian keji. Mereka didera, dicambuk, disalib di padang pasir yang terik, ditindih dengan batu panas, dibakar dengan besi panas, bahkan sampai ditenggelamkan ke dalam air hingga sesak nafasnya dan mengelupas kulitnya yang penuh dengan luka.
Suatu hari ketika Ammar sudah tidak mampu untuk menanggung penyeksaan, ia kemudian mengadu pada Rasulullah s.a.w. mengenai keadaannya. Rasul yang setiap hari datang memberikan sokongan lantas berseru, "Sabarlah, wahai keluarga Yasir. Tempatyang dijanjikan bagi kalian adalah syurga."
Sekalipun berat seksaan yang diterima, namun ketiganya tetap mempertahankan keislamannya.Ketika berada dalam keadaan sedar, tidak ada satu pun kalimat yang teriontar dari mulut ketiganya kecuali kalimat "Ahad..Ahad.." seperti yang dilontarkan Bilal bin Rabah. Hal ini semakin meningkatkan amarah orang Quraisy kerana gagal melunturkan keimanan mereka.
Hingga suatu ketika, orang Quraisy berasa putus asa dengan keteguhan iman ketiganya, mereka memutuskan membunuh Sumayyah. Adalah Abu Jahal yang melaksanakan perbuatan keji tersebut. Dengan tombaknya yang runcing, Abu Jahal menjadikan Sumayyah mujahidah pertama yang gugur di jalan Allah apabila tombak tersebut menembusi dada Sumayyah.
Menjelang wafatnya, tidak sedetik pun Sumayyah menggadaikan keimanannya. Sumayyah binti Khayyath simbol ketabahan hati, kekuatan iman, dan ketangguhan jiwa seorang mujahidah. la rela mengorbankan segala-galanya, termasukjiwa dan raganya demi Islam.
Sumayyah binti Khayyath syahid dengan meninggalkan teladan yang luar biasa. Tidak hairan ia menjadi wanita yang sangat mulia dengan keberanian dan ketabahannya. "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman" sedang mereka tidak diuji lagi?" (Surah Al Ankabut, ayat 2).