JellyPages.com
Blogger Widgets Blogspot Tutorial
Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Isnin, 17 Disember 2012

Allah yang menurunkan Kitab Suci dengan membawa kebenaran, dan menurunkan keterangan yang menjadi neraca keadilan. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? Boleh jadi hari kiamat itu sudah hampir (masa datangnya)

(Surah Asy-Syura: Ayat 17)

Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad saw selama 22 tahun, 2 bulan dan 22 hari.

Banyak penemuan yg sangat menakjubkan ditemui selepas beberapa kajian dilakukan. Wujud keseimbangan yang sangat serasi antara perkataan-perkataan atau kalimah-kalimah yang digunakan.

Al Quran itu diturunkan secara berperingkat di tempat yang berlainan dan dalam tempoh satu masa yang panjang. Menurut Ibn Abbas, Ia terdiri daripada 114 surah dan 6216 ayat [Abdul Rahman Bin Abu Bakar al-Sayuti, 1416H/1996, al-Itqan Fi Ulum al-Quran, Beirut : Dar al Fikr, Jilid 1, halaman 182] serta diturunkan kepada seorang yg tidak tahu membaca dan menulis ketika itu. 

Namun banyak perkara-perkara yang mengejutkan ditemui. 

Contohnya dua perkataan yang sepadan (sinonim) dalam jumlah yang sama dan seimbang. 

Selain itu, perkataan yang berlawanan maksud (antonim) juga ditemui dalam jumlah yang seimbang. 

Hanya "sesuatu" yang Maha Hebat mampu melakukan perkara ini. Itulah zat yang sangat tinggi ilmuNya dan sangat luar biasa ketelitianNya. Ia diturunkan dan disusun lebih dari seribu tahun yang lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan